Monday 29 April 2013

CYPRESS BIO SUNNAH




REVOLUSI AIR BERTENAGA

AIR BIO CYPRESS:HIDUP & BERTENAGA

Kajian selama lebih dari 30 tahun ke atas mukjizat Nabi Nuh a.s iaitu spesies kayu bahtera  oleh Dr. Muhammad Shakran Shuhatah dari Mesir  dan digabungkan dengan kajian ke atas konsep garam sunah menghasilkan dapatan yang sangat menakjubkan.

Gabungan amber (resin/getah) spesies pine cypress (spesies bahtera Nuh a.s) di Banjaran Ararat Turki dan mineral garam kristal yang ditemui di Pergunungan Hunza, Karokoram yang di kedalaman 2000 kaki telah mencetuskan satu fenomena dalam mencerna suatu makna baru dalam konsep air minuman yang wajar kita manfaatkan.

MENGAPA AIR
AIR : merupakan kurniaan Ilahi yang sangat ajaib. Semua hidupan memerlukan air .Lebih daripada 70% berat normal manusia adalah air.
‘ dan Allah menurunkan hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan air hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan untuk menguatkan hatimu dan memperteguhkan dengannya telapak kakimu ‘
Al Anfaal : 11


















KANDUNGAN REMEDI

                                                                                            1. Air Zam-Zam                 
                                                                                            2. Air Hidrogen 
                                                                                            3. Garam Kristal Hunza            
                                                                                            4. Amber Pine
                                                                                            5. Ekstrak Daun Cypress








RAHSIA KAUM HUNZA

ü  Kaum ini dikatakan memiliki purata umur terpanjang di dunia dengan rata-rata dari mereka berusia lanjut antara 120 hingga 140 tahun dan setelah satu penyelidikan saintifik dilakukan di kawasan tersebut, hasil kajiannya sangat mengejutkan.
ü  RAHSIA  umur panjang kaum ini dikaitkan dengan faktor AIR  YANG MEREKA MINUM!!! 
ü  Kajian Dr Patrick Flanagan menunjukkan  molekul air yang diminum oleh kaum tersebut sangat kecil hingga mencapai 5 nanometer iaitu 2000 kali ganda lebih kecil dari sel darah merah di samping memiliki potensi eletrik ( caj eletrik ) tersendiri yang dipanggil zeta potential.
ü  Molekul air yang sangat kecil  ini yang juga dipanggil nano colloids  dengan potensi eletrik ini berinteraksi dengan molekul hidrogen dan oksigen hingga membentuk struktur kristal molekul air tersebut yang memudahkan penyerapan hingga ke dalam sel tubuh paling kecil sekalipun.
ü  Punca keadaan ini berlaku adalah kerana air yang diminum oleh kaum Hunza ini digali di atas gunung yang dikelilingi oleh pohon cypress.  Akar pokok ini berselirat memasuki telaga kaum Hunza manakala buah dan amber (resin / getah pokok cypress ) didapati terendam di dalam air telaga tersebut.
ü  Minuman tenaga cypress tidak hanya merupakan ekstrak amber pine cypress semata-mata tetapi juga merupakan campuran dengan sejenis garam yang juga dimakan oleh kaum tersebut yang dipanggil garam Hunza yang digali sejauh 2000 kaki ke dalam tanah. Garam ini dalam istilah hari ini dipanggil Mineral Garam Kristal Holland.
ü  Garam inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya dari Riwayat Ibnu Abbas:

‘ Barang siapa yang memulakan makan dengan mamakan secubit garam , maka Allah akan menghindarkan 330 jenis penyakit dan yang paling ringan adalah gila, kusta, sakit perut, sakit gigi dan yang bakinya hanya Allah jua yang mengetahuinya ‘

RAHSIA BIO CYPRESS ADALAH KERANA
KOMBINASI  MINERAL GARAM KRISTAL DAN  EKSTRAK AMBER CYPRESS

Kombinasi unik galian mineral ‘ajaib’  dengan sejenis getah dari spesies pokok bahtera Nabi Allah Nuh a.s ternyata telah menghasilkan sejenis air minuman yang bakal mencetuskan fenomena baru dalam tradisi minuman air kesihatan yang akan menyaksikan banyak penyelesaian dalam masalah kesihatan umum manusia hari ini.
       GARAM KRISTAL HUNZA


AMBER  POKOK PINE CYPRESS                                                           
 (SPESIES BAHTERA NUH A.S)


Garam mempunyai kemujaraban yang unik dan suci sebagai pembersih yang meleraikan radiasi serta reaksi protein. Kerja-kerja enzim yang unik ini dapat merangsang kepada kejadian sintesis protein yang lebih berkesan. Kombinasi garam kristal dan amber pine cypress  akan meningkatkan tenaga molekul serta sel kerana di situ terdapat unsur yang mengupayakan makromelikul protein yang kompleks iaitu Deoxyribonucleic Acid (DNA).

AIR BERTENAGA BIO CYPRESS YANG MENAKJUBKAN

[1]     BIO CYPRESS   mengaktifkan molekul air, memecahkan klusternya dan menjadikan molekul air sangat kecil (2000 kali ganda lebih kecil dari sel darah merah) dan ini memudahkan mineralnya terurai serta memudahkan penyerapan mineral tersebut untuk mengaktifkan metabolisme tubuh.
[2]     BIO CYPRESS meneutralkan segala macam asid dan kimia berbahaya yang terdapat di dalam air minuman.
[3]     BIO CYPRESS dengan gabungan mukjizat sunah, mempertingkatkan energi elektron dan melakukan pengaturcaraan kembali sel elektron ke atas air minuman memberikan kesan maksimum kepada elekrolit tubuh.
[4]     BIO CYPRESS menjadi agen detoksifikasi yang paling sempurna untuk bekerja menyingkirkan segala kesan negatif dari makanan dan persekitaran tercemar.
[5]     BIO CYPRESS menjadikan darah anda sebagai  ‘sistem pengangkutan oksigen’ paling efesien. Darah yang cukup dan beroksigen tinggi adalah darah yang sihat sekaligus menjadi penebat kepada segala bentuk penyakit berbahaya  seperti penyakit kardiovaskular (jantung)  dan kanser. Darah yang beroksigen tinggi juga akan mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan penyakit kronik.
[6]     BIO CYPRESS menjadi catalyst untuk mewujudkan keseimbangan (equilibrium) antara kalsium dan iodin di bahagian tiroid  untuk mereka  yang sangat kurus atau yang mengalami obesiti.
[7]     BIO CYPRESS   akan mencerna kulit yang sihat , gebu dan awet muda kerana peneutralan air minum sehingga mewujudkan keadaan alkali yang tinggi menjadi agen rejuvenasi ( menghidupkan kembali sel ) yang sangat berkesan.
[8]     BIO CYPRESS   mengaktifkan mitokondria dan menjadikan tubuh memiliki potensi hidroelektrik yang tinggi. Keadaan ini akan membolehkan degupan jantung diatur semula dan menurunkan tekanan darah hingga menjadi normal. Sementara penggunaan tenaga oleh tubuh badan akan disusun berdasarkan keperluan tenaga seseorang.
[9]     BIO CYPRESS sangat berkesan untuk pembinaan struktur tulang.Garam di dalam tulang adalah sebanyak 27% daripada keseluruhan garam tubuh. Tulang juga terdiri daripada 22% air. Osteoporosis dan athirits banyak berpunca dari masalah kekurangan garam berkualiti.
[10] BIO CYPRESS  merawat masalah katarak dan sinus secara cepat (rujukan: sirah Nabi Nuh a.s berkaitan Yahudi buta yang  kembali melihat). Pine Cypress memiliki phycenogenol dan monoterpenes  yang sangat  baik untuk aktiviti di kornea mata dan telinga (merawat  sinusitis).
[11] BIO CYPRESS  ‘bekerja’  dan berkombinasi dengan air garam Hunza dalam mengimbangi semula darah yang telah teroksida dengan mengubah, memecah , menguraikan unsur pemakanan menjadi zat nutrien dalam partikel yang sangat halus bagi memaksimakan potensi getaran.

TESTIMONIAL

DARAH TINGGI (mencapai bacaan hingga 200 lebih): KEGAGALAN BUAH PINGGANG: BATU KARANG (Pemecahan Batu Karang Secara Berkesan): SLE (Systematic Lupus Erimatosus): TIROID, KANSER, GOUT, JANTUNG/KOLESTROL, GANGGUAN TENAGA NEGATIF, STRESS, SENDI & KARDIOVASKULAR.

MOLEKUL AIR BERTENAGA

  BIO CYPRESS
YANG PERTAMA SEUMPAMANYA DI DUNIA !!

Wednesday 12 December 2012

AIR MIUMAN BERMINDERAL YANG PERTAMA DI MALAYSIA SEAKAN-2 RASA AIR ZAM-ZAM


 Air TASNIM dikatakan mempunyai pelbagai khasiat . Terdapat 284 kandungan mineralnya. Satu-satunya air bermineral tinggi di MALAYSIA.

Mata air ini merupakan anugerah Allah kepada Tuan Guru Haji Mohd Baqi bin Osman, kerana pada suatu malam beliau telah bermimpi seseorang datang menunjukkan tempat supaya beliau menggali telaga. Pada malam berikutnya beliau bermimpi lagi, dimaklumkan bahawa air itu sumbernya berasal dari tempat letusan gunung berapi di Indonesia dan ia mengalir (menjalar) di bawah tanah mencari tempat keluar. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1991. 
Selepas digali, mata air ini menjadi kegunaan umum, orang ramai datang mengambilnya untuk pelbagai kegunaan, mandi, minum dan sebagainya. Air (yang keluar dari mata airnya) dibiarkan mengalir begitu sahaja tanpa diketahui khasiat dan keistimewaannya.
Selepas sepuluh tahun, iaitu pada tahun 2001 barulah air ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab, lalu mereka membuat kajian tentang khasiat dan keistimewaan air ini. 

 Di antara hasil kajian tentang air ini juga, tepat sebagaimana mimpi Tuan Guru, air ini kandungan mineralnya sama dengan air yang hanya terdapat di sekitar kawasan gunung berapi, sedangkan di Malaysia tiada gunung berapi.

 Mengikut Ustaz Abdul Mujib, anak kepada Tuan Guru yang menjaga kilang air Gau Syarikat Tasnim, setiap hari mereka mengepam 12,000 liter air ini untuk dibotolkan.

 Mata air ini jika tidak dipam, ia akan melimpah keluar dengan sendiri bukan seperti telaga biasa yang tidak melimpah.
Sekarang air ini telah dikomersialkan dan tersebar di seluruh Malaysia. 

Keterangan mengenai Air Tasnim Gau:
  • Air dari sumber bawah tanah ( Air Mineral ).
  • Mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.No kelulusan KRM/163(52/C/12).
  • Kandungan mineral yang tinggi dengan purata kandungan mineral atau TDS 284mg/lit.
  • 100% produk muslim yang dijamin halalsuci, danbersih.
  • Sumber Air Tasnim Gau juga telah didoakan oleh :
  • Tuan Guru Haji Mohd. Baqi bin Othman.
  • YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
  • Tuan Guru Dato' Dr.Haron bin Din.
  • Setiap RM1 dari setiap kotak atau balang 5 gelan akan didermakan terus kepada Madrasah Saadah Addraini,Temerloh,Pahang.
  • Kebaikan-kebaikan lain Air Tasnim Gau :
  • Meningkatkan metabolisma badan.
  • Rasa yang menyegarkan.
  • Cepat menghilangkan dahaga.
  • Menajamkan minda.
  • Memperkuatkan ingatan.
  • Mempunyai khasiat istimewa yang mampu menjadipenawar penyakit tertentu jika diamalkan selalu.
  • Sesuai sebagai air perantaraan untuk tujuan rawatan perubatan Islam.
  •  

HARGA YANG KAMI TAWARKAN KEPADA ANDA ADAHLAH YANG TERENDAH...... 

 RM 14.50 UNTUK 1 CTN.  JIKA BELI 10 

 CTN PERCUMA 1 CTN.


 PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK


 KAWASAN 13 KM PERSEGI.....

Tuesday 6 November 2012


Power Nest merupakan minuman tenaga yang satu-satunya di Malaysia yang mengunakan herba seperti Ginko, Guarana, Sarang burung dan Madu.

GinkoDalam perubatan China, biji Gingko biloba dianggap lebih bermanfaat berbanding daun. Ia digunakan untuk merawat asma, masalah keputihan, kencing malam dan tidak terkawal dan tonik paru-paru kerana ia mempunyai bahan anti bakteria dan anti kulat.
Bagaimanapun sejak 30 tahun yang lalu, ahli sains mendapati ekstrak daunnya lebih bermanfaat kerana kandungan flavonoid dan terpena lakton yang bertanggungjawab ke atas kebanyakan tindakan biologi dalam tubuh manusia.
Gingko menggalakkan pengaliran darah, termasuk ke otak, tangan dan kaki, mengawal keanjalan saluran darah serta mengurangkan kecenderungan pembekuan darah. Manfaat terhadap memori tidak terhad kepada golongan berusia, malah kajian ke atas golongan wanita muda yang sihat menunjukkan perubahan memberangsangkan dalam ujian memori selepas pengambilan ekstrak Gingko biloba.
Gingko biloba turut dipercayai memberi kesan baik terhadap fungsi kognitif bagi penyakit Alzheimer. Memandangkan otak terdiri daripada asid perlu tak tepu yang tinggi, ia mendedahkan kepada radikal bebas. Gingko biloba adalah anti oksida yang baik dan ini juga menjadikannya popular sebagai makanan tambahan. 
Minyak ikan yang kaya dengan asid dokosaheksanoik juga turut memberi impak kepada rangsangan minda. Rangsangan minda sebenarnya bukan sahaja sesuai untuk golongan kanak-kanak, malah sesuai juga untuk golongan berusia bagi mengekalkan kecergasan minda. Membaca, menyelesaikan teka-teki, teka silang kata serta bermain catur merupakan antara permainan yang boleh merangsang minda. sumber wikipedia
Guarana-Pelbagai jenis khasiat







Acid


-         alanine         -    histidine
-         leucine         -    glutamate
-         lysine           -    tyrptophan
-         tyrosine        -    isoleucine
-         methionine   -    Benzedrine












Zink
Kalsium
Ferum











B 2
B 6
B 12

E

  Sarang Burung-
Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:
# Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
# Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.
# Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
# Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
# Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.
# Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.


Monday 10 September 2012

KEBAIKAN MADU KELULUT

Norlezah masuk hutan cari kelulut

Norlezah Baharom menunjukkan kotak kelulut yang telah mula mengeluarkan hasil.


MUNGKIN tidak ramai yang pernah mendengar tentang madu kelulut apa lagi melihat lebah kelulut mahupun merasai madunya.
Biasanya bila dikatakan madu, ia amat sinonim sekali dengan dengan madu lebah berbanding kelulut.
Sehingga kini banyak kajian hanya menjurus kepada lebah madu dalam Genus Apis seperti Apis melifera dan Apis dorsata yang menyengat.
Manakala lebah tidak menyengat atau lebih dikenali sebagai kelulut dalam genus trigona juga memainkan peranan penting bagi proses pendebungaan selain menghasilkan madu.
Sama seperti lebah madu, kelulut juga membentuk koloni sosial yang kompleks.
Salah seorang pengusaha madu, Norlezah Baharom berkata, dia bermula mengusahakan lebah madu secara suka-suka pada tahun 1986 di Serdang Lama, Selangor.
"Ketika itu saya menjalankan usaha secara kecil-kecilan sehinggalah berhenti kerja pada tahun 1994," ujarnya membuka bicara berkongsi pengalaman lampau.
Norlezah berkongsi pengalamannya itu ketika ditemui di kawasan ternakan kelulut di Ibu pejabat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Serdang Selangor baru-baru ini.
Bercerita lebih lanjut dalam nada bersungguh-sungguh, Norlezah memberitahu dia membangunkan syarikat Sri Cerana untuk menternak dan memasarkan madu lebah Cerana.
Bagaimanapun pada tahun 1997, ternakan lebahnya diserang wabak penyakit selain kejadian jerebu menyebabkan lebah yang dipelihara hampir semuanya mati atau lari.
Justeru pada tahun 2005, Norlezah dengan khidmat nasihat daripada MARDI beralih kepada ternakan lebah kelulut.
"Ketika itu saya membangunkan sebuah syarikat lain, HNS Trigona bagi menternak dan memasarkan madu daripada tiga jenis lebah berlainan iaitu trigona, cerana dan melifera," katanya.
Buat masa ini Norlezah yang mempunyai ladang belimbing seluas 100 ekar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lancang, Pahang menternak kelulut di sana.
Norlezah menggunakan kelulut sebagai agen pendebungaan juga mendapati hasil buah belimbing semakin bertambah.
Ini dapat dibuktikan dengan melihat ladang ternakan kelulut MARDI yang ditanam dengan durian mengeluarkan hasil berterusan tanpa musim.
Ladang durian yang mempunyai koloni kelulut juga menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim.
Norlezah berkata, koloni lebah mudah lari dan diserang penyakit dibanding dengan kelulut yang tidak melarikan diri dan tidak menyengat.
Buat masa ini, dia mempunyai 50 kotak koloni kelulut di ladang belimbing sejak bulan Jun lalu.
"Sebenarnya sebelum mendapatkan khidmat nasihat pihak MARDI, kami masuk ke hutan mencari sarang kelulut.
"Kami akan menebang bahagian pokok yang mempunyai kelulut dan menyimpannya untuk dibiakkan," katanya.
Kini dengan khidmat nasihat pihak MARDI, dia meletakkannya dalam satu kotak yang boleh dituai setiap tujuh minggu.
Biasanya satu kotak akan menghasilkan satu kilogram (kg) madu bergantung kepada makanan yang diberikan kepada lebah.
Di dalam satu kotak terdapat madu, propolis dan bee bread (pollen).
Norlezah berkata, produk kelulut mendapat permintaan yang menggalakkan daripada farmasi.
Madu kelulut dibandingkan dengan madu lebah dikatakan mempunyai antioksidan yang tinggi manakala propolis pula dikatakan mempunyai antibiotik semulajadi.
Menyentuh mengenai rasa, Norlezah berkata, madu kelulut berasa agak masam berbanding madu lebah.
Jika lebah madu menyengat menyebabkan pengumpul madu perlukan pakaian yang khusus tetapi mengumpul madu kelulut lebih mudah.
"Kelulut tidak menyengat tetapi menggigit dan tidak berbisa.
"Biasanya hanya individu pertama yang membuka kotak akan digigit dan gigitan tidak memberikan kesan sampingan seperti lebah madu," katanya.
Norlezah berkata, semua kaedah dari menternak hingga kepada pengumpulan semuanya diperoleh daripada tunjuk ajar pihak MARDI.
Jika dulu, dia menggunakan picagari untuk mengambil madu kelulut tetapi dengan teknologi MARDI tugasnya lebih senang.
Selain pokok belimbing dan durian, lebah kelulut sesuai sebagai agen pendebungaan bagi longan, rambutan, mangga, ciku serta pelbagai buah-buahan lain.
Koloni kelulut yang mendapat makanan yang secukupnya daripada ladang akan mengeluarkan hasil madu yang lebih banyak.
Sehingga kini Norlezah memasarkan produknya di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), farmasi, pengedar di pasar malam dan pelanggan yang membeli terus daripadanya.
"Sambutan terhadap produk kelulut amat menggalakkan dan saya bercadang untuk menambah kotak koloni kelulut bagi memenuhi permintaan pelanggan," katanya.